Bila saatnya ku
temukan indah dihatimu
Berapa lama waktuku
harus menunggu
Cahaya matamu
menghiasi seluruh hatiku
Andai kau tau dalam
lelap ku sebut namamu
Aku masih menunggumu
bicara
Ku nanti jawapan
dihatimu
Dalam gelap ini…
dalam diam ini
Ku harap nanti waktu
yang akan menemukanmu
Apakah nanti hatimu
masihkah milikku
Aku masih menunggumu
bicara
Ku nanti jawapan
dihatimu
Dalam gelap ini…
dalam diam ini
Ku masih menunggu
Ku mohon dengarkan
aku bicara
Ku nanti jawapan di
hatimu
Adakah diriku didalam
hatimu
Bila saatnya ku
temukan indah dihatimu
Iman
duduk bersendirian dibalkoni sambil termenung jauh.Wajahnya muram.Matanya merah
dan membengkak dek terlalu banyak
menangis. Fikirannya berserabut memikirkan kehidupan baru yang sedang dijalani
saat ini. Sungguh dia benar-benar tidak dapat menerima kenyataan yang sangat
memeritkan ini.
Pagi tadi, dia selamat diijabkabulkan
dengan seorang lelaki yang tidak dikenali disebabkan sesuatu yang tak terduga
berlaku. Salah faham yang terjadi akhirnya mengundang malapetaka dalam
hidupnya. Dia bencikan lelaki itu yang sudah merosakkan masa depannya. Lebih
parah, sejam selepas dia sah menjadi isteri orang, tunangnya, Iskandar
dikhabarkan kemalangan dan meninggal ditempat kejadian. Perkara itu menyebabkan
dendamnya lebih membara terhadap lelaki durjana itu.
Tubir matanya tumpah lagi bila teringatkan
arwah tunangnya itu. Tidak sampai sebulan sahaja lagi mereka bakal disatukan. Semua
persiapan sudah disediakan. Namun, dalam sekelip mata semuanya hilang begitu
saja.
Is, Iman rindukan Is. Terlalu rindu.
Kenapa semua ni berlaku dalam hubungan kita? Kenapa mesti Is pergi tinggalkan
Iman sendirian disini? Iman tak tau nak buat apa lagi. Iman perlukan Is disisi.
Kenapa Is tak bawa Iman sekali? Kenapa Is tinggalkan Iman pada lelaki tak guna
tu? Kenapa mesti semuanya berakhir begini? Is pergi dalam keadaan penuh
kekecewaan dan tinggalkan Iman dalam situasi yang sangat memeritkan. Iman tak
mampu hadapi semua ni sendirian. Iman perlukan Is!
Dalam kepekatan malam, Iman tersedu
sendirian ditemani cahaya bulan dan bintang.
IMAN
bangun ketika jam sudah menginjak ke angka 8 pagi. Mujurlah dia tidak solat. Kalau
tak, pasti sudah jadi subuh gajah. Selesai membersihkan diri, dia menapak turun
ke dapur. Lapar pula kerana sejak semalam dia tidak menjamah apa-apa makanan
pun.
Di dapur, dia bertembung dengan Qayyim,
lelaki yang sudah sah menjadi suaminya dan dua orang anak tirinya. Matanya
langsung tidak memandang ke arah mereka dan terus mencapai cawan lalu membancuh
milo kegemarannya.
“Sarapan saya dah sediakan. Ada atas meja.
Nak saya temankan?” Qayyim cuba beramah dengan isteri yang tampak dingin itu.
“Tak tanya pun.” Jawabnya selamba tanpa
rasa bersalah. Berubah air muka Qayyim dengan jawapan itu. Namun, dia terpaksa
menelannya kerana dia tahu semua yang berlaku adalah berpunca darinya. Semuanya
salah dia. Jadi, dia perlu menanggung akibatnya.
“Sombongnya mak cik,” tiba-tiba Qaisha
bersuara.
“Lantak akulah!” Jawabnya kasar. Darahnya
tiba-tiba membuak mendengar komen anak tirinya yang baru berusia 4 tahun itu.
“Kenapa mak cik marah kakak?” Soal adiknya
pula, Qamar yang turut berusia 4 tahun.
“Suka hati akulah! Tak payah nak sibuk
urusan aku!” Iman melenting tiba-tiba. Hatinya makin terbakar.
“Iman, kalau pun awak marahkan saya,
tolong jangan babitkan anak-anak saya. Diaorang tak bersalah dalam hal ni!”
Qayyim bersuara tegas. Pantang baginya ada orang yang cuba melibatkan anak-anak
kembarnya dalam apa jua keadaan.
“Kalau
macam tu, ajar anak kau supaya diam dan jangan banyak cakap!” Terus dia berlalu
meninggalkan Qayyim yang ternyata tersentap dengan bicaranya.
SUDAH
tiga hari dia tinggal dalam banglo dua tingkat milik duda anak dua itu. Sepanjang
hari, dia hanya menghabiskan masanya didalam bilik. Mujurlah dia tinggal dalam
bilik yang berasingan dengan Qayyim. Apa saja yang dia mahu lakukan, tiada yang
memerhati. Dia hanya akan keluar untuk bersarapan sahaja. Selebihnya, masanya
hanya dalam bilik. Kalau lapar pun, dia hanya makan biskut atau roti yang
memang disediakan dalam biliknya bersama air kosong. Seleranya memang berkurang
sejak pemergian Iskandar.
Hari itu, dia keluar dari biliknya sekitar
jam 9 pagi kerana kedua anak tirinya sudah ke taska. Qayyim pula seperti biasa
akan ke tempat kerja. Dia hanya mengenakan seluar tiga suku dan t-shirt
potongan badan berlengan pendek. Langkah diatur ke ruang tamu untuk menonton
television. Bosan pula kalau asyik mengadap laptop dalam bilik.
Rancangan demi rancangan ditontonnya
sehingga tidak sedar jam sudah menunjuk ke angka 12 tengahari. Bunyi bising
diluar membingitkan telinganya. Ikutkan hati, malas mahu melayan. Tapi suara si
kembar itu semakin kuat dan menyakitkan hati.
“Mak cik!!Buka pintu!!”
Iman merengus geram. Tak reti bukak
sendiri ke? Segera dia melangkah ke muka pintu lalu dibuka kasar. Sebaik pintu
dibuka, keduanya menyerbu masuk dan melanggar tubuh kecil Iman. Hampir terjatuh
dia dibuatnya. Darahnya mula mendidih.
“Tak reti masuk elok-elok ke ha???” Jerkahnya,
lantang sehingga mengejutkan seorang gadis yang menghantar anak tirinya itu.
Keduanya buat tidak tahu sahaja malah terus melompat ke atas sofa sebaik beg
sekolah dilempar ke atas lantai. Darah Iman semakin membuak. Pandangannya dialih
pula pada gadis tadi.
“Baliklah! Tunggu apa lagi!” Sergahnya,
garang sebelum menghempas pintu, kuat. Langkah diatur menghampiri dua beradik
itu.
“Ambik balik beg tu! Suka hati main
lempar-lempar. Ingat aku ni orang gaji korang nak tolong kutip??!” Marahnya,
lantang. Namun, diwajah anak kecil itu langsung tidak terlukis riak ketakutan.
“Tak nak!” Jawab keduanya serentak penuh
selamba sambil menonton television.
“Aku cakap ambik, ambik!!!” Jerkahnya
lantas menarik telinga mereka berdua menghampiri beg sekolah yang terjelepok
diatas lantai. Jeritan mereka berdua tidak dihirau langsung. Hatinya semakin
panas dengan kedegilan dua beradik itu. Terasa egonya benar-benar tercabar.
“Ambik cepat!!” Arahnya tegas. Keduanya
terpaksa akur dan mengambil beg sandang mereka lalu diletakkan diatas sofa.
Iman melepaskan kedua beradik itu dan berlalu ke tingkat atas. Namun,
langkahnya terhenti sebaik terdengar jeritan yang kuat.
“Aaaaaa!!!!”Qaisha dan Qamar menjerit
serentak. Bergema seisi rumah itu dengan jeritan mereka yang nyaring. Bingit
telinga Iman dibuatnya.
“Diamlah!Kecik-kecik dan pandai melawan!”
“Mak cik jahat!” Jerit dua beradik itu, masih
serentak.
“Lantak akulah! Memang aku jahat pun!”
“Aaaaaaaa!!!!” Jeritan mereka bertambah
kuat. Makin angin Iman jadinya.
“Aku cakap diam. Diamlah!! Jangan sampai
tangan aku ni melekat kat muka korang!!!” Merah padam mukanya menahan amarah. Tangannya
sudah ketar mahu naik ke muka kanak-kanak itu.
“Aaaaaaaa!!!!” Keduanya seolah sengaja
mencabar kesabaran Iman.
Pang!!! Tanpa dapat dihalang sesiapa,
keduanya tersungkur dilantai. Wajah Iman yang bengis langsung tidak mempunyai
perasaan belas melihat kanak-kanak yang tidak berdosa itu menangis dan teresak.
Merah pipi mereka kesan tamparan itu tidak diambil peduli.
“Pergi jahanam la korang berdua!!! Lain
kali cabar la aku lagi!!!” Jerkahnya lagi sebelum berlalu memasuki biliknya.
Hatinya puas!
“IMAN!!!”
Bergema seisi ruang rumah itu dengan jeritan Qayyim. Hatinya panas bila
dikhabarkan anak-anak kesayangannya dipukul dengan tidak berperasaan. Melihat
pipi anak-anaknya yang kemerahan menambahkan rasa amarah dalam dirinya. Dia
tidak dapat bersabar dengan apa yang menimpa anak-anaknya. Tak sampai seminggu,
macam-macam dah jadi.
“Iman!!! Kau keluar sekarang!!!” Jerkahnya
sambil mengetuk kuat pintu bilik isterinya itu. Seakan mahu roboh pintu itu
dibuatnya.
Baru dia mahu menendang, pintu sudah
dibuka dari dalam. Iman menapak keluar dengan wajah tak bersalah.
Pang!!! Tanpa diduga, satu tamparan hebat
singgah dipipi mulus Iman. Tersungkur gadis itu dilantai. Kali ini, dia pula
merasakan kesakitan yang sama. Tapi, dia langsung tidak terasa mahu menangis.
Malah, hatinya terasa puas dengan apa yang terjadi.
“Kau dah melampau, Iman! Aku dah cakap
kan, jangan sesekali libatkan anak-anak aku! Kalau kau nak balas dendam sangat,
balas kat aku! Pukul aku sepuas hati kau! Bukan budak kecil yang tak berdosa
dan tak tau apa-apa! Aku tak pernah sangka yang kau sekejam ni, Iman. Ternyata,
tanggapan aku kat kau sebelum ni jauh menyimpang. Aku sanggup bertanggungjawab
sebab aku ingat kau gadis yang baik. Walaupun kau mungkin takkan dapat gantikan
tempat Emily, sekurang-kurangnya kau ada peluang untuk cuba. Tapi sikap kau
terlalu mengecewakan aku, Iman.” Suaranya yang lantang mula kendur.
Iman bangun. Matanya tepat memanah anak
mata lelaki itu. Bibirnya tersungging senyuman sinis.
“Kau sepatutnya sedar dari dulu. Tapi
takpe. Masih ada peluang untuk kau betulkan keadaan sebelum aku buat anak kau
lebih teruk dari tadi.” Ujarnya penuh sindiran.
Qayyim menahan rasa. Nafas dalam ditarik
sebelum bersuara. “Iman, aku ce…”
“Eh, kejap… kejap!” Pantas dia memintas
percakapan lelaki itu. Segera dia menapak masuk ke dalam bilik dan pintu
ditutup rapat.
Beberapa minit kemudian, Iman keluar dengan
lengkap berbaju kurung dan tudung bersama satu beg pakaian dan beg sandang.
Dihampiri suaminya lantas tangan itu dicapai lalu dikucup. Qayyim terkedu.
“Maafkan segala dosa-dosa isterimu ini dan
halalkan makan minum selama dibawah jagaan suamiku.” Ucapnya bersahaja dan
kembali berdiri tegak dihadapan lelaki itu.
“Ok, sekarang, cakaplah.”
“Aku… aku…” Qayyim gagap tiba-tiba.Tak
terluah lafaz yang pernah diucapkan pada bekas isterinya dulu.
“Cepat la. Iskandar dah tunggu aku tu.
Kesian la kat dia nak tunggu lama-lama.” Gesanya. Qayyim terngadah.
“Aku… aku ceraikan kau dengan talak satu.”
Ucapnya perlahan antara dengar dengan tidak. Wajahnya menunduk.
“Terima kasih.” Iman tersenyum senang. Dia
menghampiri kedua anak kecil yang jelas ketakutan bila dia mendekati. Kepala
keduanya diusap lembut.
“Maafkan mak cik.” Tuturnya perlahan
sebelum berlalu dengan senang hati. Itulah saat yang paling dia nanti-nantikan.
“IS,
IMAN datang ni. Iman rindukan Is. Rindu sangat. Is rindukan Iman tak? Mesti
rindu kan? Kan setiap hari Is cakap yang Is rindukan Iman. Sehari tak jumpa pun
Is dah rindu. Sekarang ni, Iman datang nak jumpa Is. Nak lepaskan rindu. Iman
rindu sangat-sangat tau tak.
Iman ingat lagi, Is suka usik Iman. Is
suka buat lawak bagi Iman gelak. Is cakap, Iman comel bila gelak. Is cakap, Is
suka tengok Iman gelak. Is bahagia kalau Iman bahagia. Sebab tu, kalau boleh,
setiap hari Is nak dengar Iman ketawa. Is paling tak suka tengok Iman menangis
sebab kalau Iman sedih, Is lagi sedih.
Tapi, sekarang macam mana Iman nak gelak
kalau Is tak buat lawak? Macam mana Iman nak senyum kalau Is tak sakat Iman?
Macam mana Iman nak bahagia kalau Is tak ada kat sisi Iman? Kenapa Is
tinggalkan Iman? Kenapa Is tak pujuk Iman bila Iman menangis? Kenapa Is tak
buat lawak bagi Iman gelak bila Iman sedih? Kenapa Is tak buat dah semua tu??
Is selalu pesan kat Iman, jangan
tinggalkan Is. Tapi kenapa Is yang pergi tinggalkan Iman? Is suruh Iman janji
akan selalu setia disisi Is tapi kenapa Is yang mungkir janji? Kenapa, Is?
Kenapa???”
Makin lama, makin kuat esakannya disisi
kubur Iskandar. Tidak dipeduli beberapa orang yang turut berada disitu sedang
memerhatikan dirinya. Sebaknya tak tertahan. Sungguh dia belum bisa menerima
hakikat yang Iskandar sudah tiada.
Iman memeluk erat kubur Iskandar. Pandangannya
tiba-tiba kabur. Dan akhirnya bertukar kelam.
QAYYIM
menahan sebak didada. Berjuntaian air matanya jatuh membasahi pipi. Sungguh
hatinya sayu mendengar luahan hati gadis itu. Rasa bersalah semakin menghimpit
jiwa. Andai saja dia tidak tersalah memasuki bilik hotel ketika bercuti di
Langkawi dulu, pasti semua itu tidak akan berlaku. Pasti gadis itu sedang
bahagia bersama bakal suaminya. Dia benar-benar bersalah.
Lama dia memerhati tingkah gadis itu.
Dadanya bertambah sesak melihat gadis itu memeluk kubur itu bersama esakan yang
tiada henti. Namun, dia mula tidak sedap hati bila tiada tindak balas pada
tubuh itu. Perlahan, dia menghampiri. Dilihat mata gadis itu tertutup rapat.
Dia cuba memanggil dan mengejutkan, tapi tiada tindak balas yang positif. Dia
mula kerisauan.
“Iman… Iman!” Panggilnya agak kuat sambil
tubuh itu digoyang sedikit.
“Iman!” Dia mula resah. Segera tubuh itu
dicempung bila pasti gadis itu bukan terlelap, tetapi pengsan. Kelam-kabut dia
membawa gadis itu ke hospital.
Setengah jam menunggu, akhirnya doktor
yang merawat Iman keluar. Terus dia menerpa kearah doktor itu.
“Macam mana isteri saya, doktor?” Soalnya,
kalut.
“Isteri Encik tak apa-apa. Cuma keadaan
dia terlalu lemah. Dia perlukan rehat yang secukupnya.” Jawab doktor Haliza,
tenang.
“Boleh saya tengok dia?”
“Silakan.”
Qayyim menapak masuk ke bilik yang
menempatkan Iman. Dia duduk dikerusi yang ada disisi katil gadis itu. Wajah
pucat itu dipandang lama. Entah kenapa, dia jadi cemburu dengan kesetiaan Iman
terhadap arwah tunangnya. Tidak seperti bekas isterinya yang curang kepadanya. Malah,
anak mereka juga Emily tidak inginkan. Walaupun begitu, sayangnya terlalu dalam
buat wanita itu. Tapi kali ini, dia seolah merasakan ada kelainan dalam dirinya
sebaik terpandang wajah Iman. Dia sedar, perasaan itu muncul sewaktu pertama
kali mereka bersua muka. Cuma, waktu itu dia tidak pasti dengan perasaannya dan
dia sebenarnya takut untuk jatuh cinta pandang pertama sekali lagi.
Tapi, benarkah ini cinta atau sekadar
simpati dan rasa bersalah? Hatinya bersoal. Dia sendiri keliru dengan kenyataan
itu. Mana mungkin dia akan jatuh cinta dengan gadis seperti Iman. Dia sukakan
gadis yang matang seperti Emily. Dan tak mungkin dia akan menyayangi orang yang
sudah mencederakan anak-anak kesayangannya. Atau, mungkinkah dia terpaksa mengakui
bahawa dia memang menyimpan perasaan pada gadis kasar itu? Walaupun
anak-anaknya mungkin tidak menyukainya?
Tangan gadis itu dicapai lalu dikucup
lembut. Dia tidak tahu mengapa dia melakukan itu. Yang dia tahu, dia mahu
menarik kembali kata-katanya tadi. Dia mahu mereka rujuk semula supaya dia
boleh menjaga gadis itu. Mungkin sebagai menebus dosanya terhadap Iskandar
kerana telah ‘merampas’ gadis itu dari dia.
“Iman, maafkan saya. Tolonglah bangun dan
katakan yang awak maafkan segala kesalahan saya pada awak.” Rintih Qayyim,
sayu. Air matanya gugur lagi untuk kesekian kalinya.
Deringan telefon bimbitnya menyedarkan
dia. Segera dia mengesat air matanya sebelum menjawab.
“Daddy kat mana ni? Kenapa lama sangat
keluar?” Kedengaran suara Qamar merenyek.
“Maafkan daddy. Daddy mungkin balik lambat
sikit. Mak cik masuk hospital.”
“Mak cik masuk hospital? Kenapa? Mak cik
sakit ke?” Suara Qaisha pula menyoal.
“Ya, sayang. Daddy nak temankan mak cik
sekejap. Nanti daddy balik, ya?” Ujarnya lembut.
“Ok! Daddy jagalah mak cik. Mesti mak cik
sedih kalau takde orang jaga dia. Kakak boleh jaga adik.” Petah Qaisha
berbicara. Terharu Qayyim dengan sikap matang anaknya itu.
“Ok.”
“IMAN,
saya nak kita rujuk semula.” Ujarnya sebaik tiba disisi gadis itu keesokannya. Kali
ini, dia membawa Qaisha dan Qamar sekali kerana anak-anaknya beria-ia mahu
mengikut. Iman tak menjawab. Wajahnya langsung tak beriak.
“Iman, awak dengar tak saya cakap ni?”
“Tak nak!” Jawabnya perlahan tanpa
memandang wajah lelaki itu sekali imbas pun.
“Iman, janganlah macam ni. Benarkan saya
jaga awak. Benarkan saya tebus dosa saya pada awak.” Rayunya.
“Aku dah maafkan kau dan aku cuma nak kau
pergi jauh dari hidup aku.” Nadanya masih perlahan dan kedengaran lemah namun
berunsur tegas.
“Awak masih marahkan saya sebab tampar
awak?”
Iman menggeleng sedikit. “Tamparan tu
langsung tak bagi kesan kat aku. Aku cuma tak mau tengok muka orang yang
menyebabkan Iskandar meninggal.”
Qayyim tersentap. Sungguh dia tidak
berdaya untuk terus memujuk. Ternyata, gadis itu masih belum memaafkannya.
“Mak cik, tolonglah terima daddy. Daddy cuma nak mak cik sembuh. Daddy
sayangkan mak cik.” Qaisha tiba-tiba bersuara petah.
“Qaisha…” Qayyim tidak senang dengan
bicara anaknya.
“Mak cik baliklah ke rumah. Boleh daddy
jaga mak cik selalu.” Tambah Qamar pula.
Sebak Qayyim bila anak-anaknya sendiri
menyuruh Iman kembali padanya. Wajah gadis itu yang tak beriak ditatap penuh
pengharapan.
“Iman, tolonglah bagi saya peluang. Lepas
awak dah ok, saya akan lepaskan awak kalau itu yang awak nak. Tapi buat masa
ni, izinkan saya bertanggungjawab atas semua yang berlaku.” Qayyim berlutut
disisi katil.
Lama mereka terdiam sebelum Iman bersuara.
“Ok. Tapi aku cakap siap-siap yang aku tak boleh lakukan tugas sebagai seorang
isteri.” Putusnya.
“Saya tak kisah.Saya halalkan semuanya.” Jawabnya
berbaur girang.
DALAM
tak diam, sudah dua bulan berlalu. Namun Iman masih seperti dulu. Hanya
menghabiskan masa dengan berbaring diatas katil. Qayyim pasrah dan redha. Biarlah
waktu yang menentukan segalanya. Dia tahu, sehingga kini, cinta Iman masih
kukuh buat Iskandar. Dan sampai saat ini, dia semakin sedar bahawa dia
melakukan semua itu kerana cinta, bukan simpati atau rasa bersalah.
Walaupun isterinya lebih banyak mendiamkan
diri dari bercakap, namun dia semakin mengenali Iman. Gadis itu tidaklah
seteruk mana. Dulu pun dia berlaku agak kejam kerana marahnya yang membuak dan
masih belum dapat menerima pemergian tunang tersayang dalam keadaan mengejut.
Ah! Semuanya salah dia. Tapi, apa boleh buat. Semuanya sudah ditentukan. Takdir
yang tak mungkin bisa diubah.
Dia menapak masuk ke bilik isterinya. Punggungnya
dilabuhkan dibirai katil. Wajah polos yang sedang lena itu diperhati penuh
minat. Tangannya tiba-tiba tergerak mahu mengelus pipi mulus itu.
Perlahan, bibirnya mendarat pula di dahi
isterinya sebelum turun ke kedua belah pipi Iman.
“Maaf kalau sayang tak suka. Tapi abang
cuma dapat sentuh sayang masa sayang tengah tidur je.” Dia berbicara sendiri,
separuh berbisik.
“Semakin hari, sayang semakin cantik
dihati abang. Setiap detik, cinta abang semakin dalam untuk sayang. Sebab tu
abang ikhlas dan redha bila sayang tak lakukan tugas sayang sebagai seorang
isteri. Abang buat semuanya untuk sayang dengan rela hati, tanpa paksaan pun.” Dia
berbicara lagi, perlahan. Tidak mahu gadis itu terjaga.
“Abang
selalu tertanya-tanya, kenapa abang cintakan sayang? Tapi, sampai sekarang
abang tak jumpa jawapan untuk soalan tu. Kalau boleh, abang nak sangat cakap
kat sayang yang abang cintakan sayang. Tapi tu tak mungkin, kan? Tak
pasal-pasal nanti sayang tinggalkan abang terus.” Dia tersenyum sendiri.
“Selagi sayang ada dihadapan mata abang,
dah cukup buat abang bahagia dan lega.”
Dahi itu dikucup lagi. Kali ini lebih lama
sebelum berpindah ke pipi.
“Selamat malam, sayang.” Bisiknya lembut
dipeluput telinga isterinya dan mula melangkah ke muka pintu.
SEBAIK
pintu ditutup rapat, Iman membuka matanya. Tangannya memegang dahi dan pipinya.
Masih terasa kehangatan ciuman suaminya. Saat itu, terasa jantungnya berdegup
kencang. Dia jadi tertanya-tanya, Qayyim melakukannya saban malam ke?
Sejak seminggu lalu, dia terasa seolah ada
yang mengucupnya sebaik dia terjaga dari tidur. Mula-mula, dia merasakan
mungkin mimpi. Tapi, bila setiap hari bermimpi hal yang sama, dia mula pelik.
Malam itu, dia nekad tidak mahu tidur awal. Dan seperti yang diduga, semua yang
berlaku bukan mimpi. Tetapi kenyataan.
Masih terngiang-ngiang luahan hati
suaminya tadi. Benarkah lelaki itu mencintainya? Dia hampir tidak dapat
mempercayainya. Tapi, bila teringat kata-kata Qayyim yang mengatakan dia
sendiri tidak tahu mengapa lelaki mencintai dirinya, dia seolah yakin Qayyim
memang menyintainya dalam diam. Padanlah layanan yang diterima sangat istimewa.
Lelaki itu sanggup membawa sarapan, makan tengahari dan makan malam ke
biliknya. Walhal bukan dia tidak boleh turun sendiri. Malah, semuanya lelaki itu
sanggup sediakan dan lakukan.
Persoalannya terjawab kini mengapa lelaki
itu terlalu baik padanya. Berdosakah dia memperlakukan suaminya begitu? Tapi,
untuk menerima, cintanya masih kuat untuk Iskandar. Memang dia berdosa, tapi
dia sudah menolak dahulu dan lelaki itu yang berkeras mahu mereka bersatu
kembali. Salah diakah??
Ya Allah! Berilah aku petunjuk. Andai
benar Qayyim adalah jodoh yang sudah ditetapkan buatku, satukanlah hati kami.
Aku ingin menjadi isteri yang solehah dan hambaMu yang bertaqwa! Doanya dalam
hati.
“MAK
CIK…” panggil Qaisha, teragak-agak. Kepalanya hanya dijengulkan dimuka pintu.
Iman memandang wajah itu. Novel yang
sedang dibaca ditutup. “Masuklah.”
Qaisha dan Qamar melangkah masuk
lambat-lambat. Wajah mereka juga seolah takut-takut.
“Kenapa?” Pelik Iman dibuatnya.
“Mak cik… daddy nak bawa kami jalan-jalan
esok. Tapi… kami nak mak cik ikut. Mak cik nak tak?” Pinta Qaisha teragak-agak.
Iman diam. Kepalanya ligat memikir-mikir. Jalan-jalan?
Dengan Qayyim dan dua orang budak ni??
“Boleh tak, mak cik?” Soal Qamar pula.
Iman menggeleng. Jelas terpancar dimatanya
wajah hampa dua beradik itu.
“Kenapa? Seronok tau jalan-jalan. Lagi
seronok kalau mak cik ada.” Qamar masih mengharap.
“Mak cik tak suka jalan-jalan.” Jawabnya
bersahaja sebelum menyambung pembacaannya. Matanya melirik sekali imbas ke arah
anak-anak tirinya yang mula melangkah keluar dengan wajah hampa.
“Kenapa buat diaorang macam tu?” Entah
bila masa Qayyim masuk ke biliknya, dia benar-benar tidak sedar. Terkujat dia
seketika. Lelaki itu duduk dibirai katil, bersebelahannya.
“Kalau pun awak tak suka berjalan,
sekurang-kurangnya, buat la sekali ni untuk diaorang. Kesian la kat diaorang,
dah lama rindukan kasih sayang seorang mummy.”
“Ajak la mummy diaorang,” balasnya
bersahaja.
“Mummy
diaorang sekarang kan awak.” Sengaja dia mahu menduga reaksi gadis itu.
“Saya? Mummy diaorang? Eei, tak lalu.” Balasnya
selamba. Mimik mukanya yang seolah geli dengan panggilan itu mengguris hati
Qayyim dalam diam.
“Saya tau awak tak nak jadi mummy
diaorang. Perempuan mana yang suka kahwin-kahwin terus ada anak yang bukan
lahir dari rahim dia sendiri. Tapi, saya merayu kat awak, untuk sekali ni je.” Sayu
nadanya.
“Kalau ya pun, tak ada panggilan yang
sedap sikit ke? Mama ke, tak pe lah jugak. Ini mummy… tak minat langsung,” jawabnya.
“Maksud awak?” Ada nada ceria pada suara
Qayyim.
“Mintak maaf la. Saya sebenarnya geli
dengar diaorang panggil awak daddy. Dari dulu lagi, saya memang tak minat
dengan panggilan tu. Jangan tanya kenapa.”
“Habis, awak suka panggilan apa?”
“Papa!Ayah pun ok jugak. Tak pun Abi.”
“Kalau macam tu, mulai hari ni, saya akan
suruh diaorang panggil saya papa dan awak, mama. Boleh?”
“Suka hati awaklah.”
Qayyim melonjak kegembiraan dan tanpa
sedar, dia menarik Iman ke dalam pelukan.
“Err, maafkan saya.” Terus dia berlalu
keluar dengan wajah kemerahan. Malu. Iman pula menahan tawanya dari pecah. Pertama
kali dia mampu tersenyum bila bersama lelaki yang dibencinya selama ini.
“Saya keluar dulu.” Pintanya, teragak-agak
sebelum berlalu. Iman hanya memandang dengan pandangan bersahaja.
“MUMMY…”
suara Qaisha menarik perhatian Qayyim dan Iman. Mereka turut berpaling.
“Hai, lama tak jumpa. You sihat?” Sapa
seorang wanita yang agak seksi. Matanya terarah pada Iman.
“Mummy!” Panggil Qamar seraya memeluk kaki
wanita itu. Qaisha turut melakukan perkara yang sama.
“Mana mummy pergi selama ni? Kakak dengan
adik rindukan mummy,” petah mulut Qamar bersuara.
Emily menunduk dan membalas pelukan
anak-anaknya. “Mummy tak pergi mana-manalah. Mummy kerja, sayang.” Ujar Emily,
memberi alasan.
“You tak rindukan I?” Tanya Emily,
selamba.
“Tak.” Balas Qayyim bersahaja.
“Ooo. Mesti la. You kan dah jumpa
pengganti I. I rasa memang patut pun I tak percayakan kata-kata you dulu yang
akan setia sampai bila-bila.” Sindirnya.
“Oh ya? I ada cakap macam tu ke?” Balas
Qayyim dengan nada yang sama. Sejak hatinya mula mencintai gadis bernama Iman,
dia jadi meluat melihat perempuan itu yang seolah berlakon dihadapan matanya. Tapi,
dia takkan dapat menjauhinya kerana perempuan itu tetap ibu kepada
anak-anaknya.
Emily bangun. “You pun mesti tersangkut
dengan dia sebab mulut manis dia kan? I bagi nasihat la, jangan la terlalu
percaya sangat dengan dia ni. Mulut kata lain, hati kata lain.” Ujarnya kepada
Iman.
“Agama mana yang ajar seorang isteri mesti
ada rasa curiga dengan suami dia?” Balas Iman, selamba. Berubah riak wajah
Emily dengan sindiran itu. Qayyim seolah tidak percaya dengan bicara gadis itu.
Wajah bersahaja itu dipandang lama.
“Suka hati you lah kalau tak nak percaya.
You tengok la nanti macam mana rasa kalau dia dah jumpa perempuan lain.”
“Hak dia la nak cari perempuan lain pun.
Ada masalah ke?”
Semakin berubah wajah Emily dengan jawapan
selamba gadis itu. Tanpa kata, terus dia berlalu meninggalkan Qaisha dan Qamar
yang terpinga-pinga.
“Kenapa dengan mummy?” Tanya Qamar.
“Mummy korang tak suka mama. Jadi, korang
pun mesti tak suka mama, kan?” Jawab Iman bersahaja.
“Kenapa cakap macam tu?” Qayyim tidak
senang dengan kata-kata isterinya.
“Siapa cakap kami tak suka mama? Kami
sayang sangat kat mama.” Ujar Qaisha.
“Kenapa sayang mama? Mama kan pernah pukul
korang.” Sengaja dia mahu menguji.
“Mama pukul sebab kami nakal. Kalau kami
tak nakal, mama takkan pukul kan?” Jawab Qamar pula.
“Ye ke? Bukan sebab mama jahat?”
“Tak la! Mama tak jahat. Mama baik.”
Pantas Qaisha menjawab.
“Ye lah tu.” Balasnya acuh tak acuh lantas
berlalu.
IMAN
berpaling sebaik terasa tangannya digenggam seseorang.
“Awak terasa dengan diaorang ke?” Soal
Qayyim, lembut.
“Takde lah.Takde kerja nak terasa dengan
budak-budak.”
“Habis, kenapa awak pergi macam tu je? Ke…
awak marahkan saya sebab paksa awak keluar hari ni?”
Iman melepas keluhan berat. Genggaman
tangan suaminya dibalas.
“Give me more time, ok?” Pintanya, lembut.
Qayyim tersenyum. Kepalanya diangguk. “Ok.
Take your time, sayang.”
Berdebar jantungnya saat mendengar kalimah
itu dibicarakan buat dirinya. Entah kuasa apa yang mengawal dirinya untuk
mengucup pipi lelaki itu. Qayyim pula yang terkedu dengan tindakan yang tak
diduga itu.
QAYYIM
menapak masuk ke bilik isterinya. Dia pelik kerana sejak pulang dari makan
angin petang tadi, Iman tidak keluar-keluar bilik. Adakah isterinya masih tidak
dapat menerima dirinya? Jadi, apa makna kucupan tadi? Dia bingung sendiri.
Didapati, Iman tiada dikatil. Matanya
terarah pada pintu balkoni yang terbuka. Langkah disusun menuju kearah
isterinya yang sedang asyik termenung. Telinganya disumbat dengan earphone.
Mesti tengah layan lagu sambil berangan, fikir Qayyim. Dihampiri Iman lantas
berdiri bersebelahan gadis itu. Sebagaimana Iman asyik melihat bintang didada
langit, begitulah dia yang asyik menatap wajah comel isterinya dalam kesamaran
cahaya bulan.
Perlahan, sebelah earphone ditelinga kanan
Iman dikeluarkan lalu dimasukkan ke telinganya. Mahu mendengar lagu apa yang
sedang dilayan gadis itu.
Aku masih menunggumu
bicara
Ku nanti jawapan
dihatimu
Dalam gelap ini…
dalam diam ini
Ku masih menunggu
Ku mohon dengarkan
aku bicara
Ku nanti jawapan di
hatimu
Adakah diriku didalam
hatimu
Bila saatnya ku
temukan indah dihatimu
Qayyim menghayati lirik lagu itu. Tamat
sahaja lagu itu, lagu yang sama diulang lagi. Qayyim pelik. Wajah itu dipandang
lagi. Lama. Mungkin lagu itu ditujukan buat aku kot. Qayyim bermonolog sendiri
bersama senyuman bahagia yang meniti dibibir. Tapi lagu ni macam lagi sesuai
aku tuju kat dia je. Dia memikir-mikir.
Leka dia memikir menyebabkan dia tidak
menyedari dirinya pula direnung lama. Sebaik dia berpaling, Iman ralit
memerhati tingkahnya. Lidahnya kelu tiba-tiba. Senyumannya mati terus. “Err…”
Dia serba-salah.
Iman tak beriak. Wajahnya bersahaja. Marah
tidak, suka pun tidak. Qayyim resah dalam situasi begini.
“Ma… maaf kalau Iman tak suka.” Ujarnya
lambat-lambat.
Tercetus tawa kecil dibibir mungil itu.
Qayyim terngadah. Pertama kali dalam hidupnya melihat tawa dibibir comel milik
isterinya. Tanpa diduga, Iman merangkul kemas lengan Qayyim sebelum kepalanya
dilentok manja dibahu lelaki itu.
Qayyim terdiam lama sebelum bertindak
melepas pelukan Iman dilengannya. Iman mengangkat kepalanya. Menyangka lelaki
itu tidak suka dengan tindakannya. Qayyim lantas memeluk bahu Iman sebelum
menarik kepala isterinya untuk kembali mendarat dibahunya. Erat. Perlahan,
bibirnya mengucup lembut ubun-ubun isterinya. Tanpa kata, keduanya ralit
merenung malam gelap yang indah disinari cahaya bulan dan bintang sambil
mendengar lagu.
“Iman…” panggil Qayyim, lembut setelah
lama berdiam diri. Dia semakin resah selagi tidak mendapat kata putus dari
gadis itu.
“Hmm?”
“Boleh abang cakap sesuatu?” Pintanya,
teragak-agak untuk membahasakan diri abang dihadapan gadis itu.
“Cakaplah.”
Rangkulan dilepaskan. Bahu Iman dipegang
dan mereka kini berhadapan. Tangan kanannya menyentuh lembut dagu Iman. Spontan,
bibir mungil itu sudah bersatu dengan bibirnya. Lama. Masing-masing menahan
debaran yang semakin tak keruan. Iman tak melawan. Hatinya merelakan. Dia sedar
yang dia sudah jatuh cinta pada suaminya itu. Egonya dibuang jauh-jauh.
“Abang cintakan Iman,” tuturnya lembut,
separuh berbisik. Cukup romantis dipendengaran Iman.
Iman tersenyum bahagia. “Iman pun cintakan
abang,” cukup perlahan dia membalas namun sangat jelas dipendengaran Qayyim.
Qayyim mengucap syukur berkali-kali
didalam hati. Dadanya terasa lapang mendengarkan perucapan keramat yang teramat
dinantikan selama ini. Kini, dia mampu tersenyum bahagia lagi.
“Boleh abang…” bisiknya perlahan ditelinga
Iman. Sengaja dibiarkan ayatnya tergantung. Malu pula nak berterus-terang. Iman
yang mengerti kemahuan suaminya tertunduk malu sebelum kepalanya diangguk
sedikit. Bertambah berbunga jiwa lelaki itu lantas mencempung tubuh isterinya
memasuki kamar mereka. Bersaksikan cahaya bulan dan bintang, mereka kini sah
menjadi suami isteri dalam erti kata yang sebenar. Penantian seorang suami
akhirnya berakhir jua…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan