TENTANG CINTA
Prinsip hidup Imanina simple. No men, no cry. Dia tak mahu sekali pun
terlibat dengan dunia lelaki. Baginya, semua itu buang masa. Lebih baik fikir
untuk diri sendiri. Tak ada apa yang menarik pada lelaki walaupun hidupnya
sendiri dikelilingi oleh kaum Adam. Hakikatnya, dia sangat takut untuk merasai
perasaan kecewa dan sakit hati. Biarlah, dia pun masih muda. Tak penting untuk
dia fikir semua itu. Asalkan dia mampu buat apa yang dia suka, itu sudah cukup
membuat dunianya dikelilingi warna-warna ceria. Tak payah nak serabut otak
fikir masalah cinta yang terlalu rumit. Belum masanya lagi.
“Iman, kau busy tak?” Soal
Lisa teragak-agak. Imanina yang sedang khusyuk menaip hanya buat tidak tahu.
Bosan dengan soalan itu. Ada la tu nak mintak tolong. Tak nampak ke aku tengah
‘busy gila’ ni?
“Iman… kau dengar tak ni?”
Lengan gadis itu digoyang sedikit.
Keluhan berat dilepas. “Kau
nak apa?”
“Tolong aku sikit boleh
tak?” Aku dah agak dah. Kalau buat muka macam nak makan penampar tu memang ada
la tu yang dia nak. Hei… rimasnya aku!
“Tolong apa?” Soal Imanina,
malas.
“Kau… macam tak nak tolong
je.” Nadanya berjauh hati. Imanina malas mahu melayan. Makin dilayan, makin
mengada-ngada. Lantak kau lah! Nak merajuk ke… nak menangis ke. Bukan urusan
aku.
Lisa yang perasan riak
wajah Imanina yang langsung tak ambil peduli membuat dia bangun dan berlalu
keluar dari bilik itu. Hatinya terluka dengan sikap temannya yang seorang itu.
Sejak dua bulan lalu, gadis itu jelas berubah. Entah apa puncanya, dia sendiri
tidak pasti. Dia bagai tidak mengenali lagi siapa Imanina yang sekarang.
Sofea yang kebetulan lalu
dihadapan bilik Imanina hanya menggeleng kepala. Iman… Iman… sampai macam tu
sekali kau hukum dia. Langkah diatur menghampiri sahabatnya itu.
“Busy mengalahkan YB.”
Perli Sofea.
“Kau nak apa pulak?”
“Hai… dengan aku pun kau
dah meluat ke?” Sofea buat muka terkejut. Imanina tersenyum cuma. Entah kenapa
malam itu, dia benar-benar tak ada mood. Namun, jemarinya masih laju menaip
keypad laptop kesayangannya itu.
“Kau okey ke tak ni? Macam
ada masalah je? Tak nak share ke?” Wajah sahabatnya ditatap lama. Berharap
kehadirannya bisa menyenangkan.
“Takde apalah. Buatkan aku
hot chocolate, boleh?” Pintanya.
Sofea tergelak kecil.
“Mengada!”
“Dengan kau je!” Balasnya
selamba. Sofea mencubit geram pipi sahabatnya itu sebelum berlalu keluar
membuat Imanina mengaduh kecil.
KELUAR sahaja dari kelas, Imanina terus meluru ke arah MyVi Elite
kesayangannya. Malas rasanya mahu menyinggah ke kafe seperti selalu. Perutnya
pun bukan lapar sangat. Kat rumah pun boleh makan.
“Iman!” Panggilan itu buat
langkahnya mati. Matanya hanya memerhati langkah Alif yang menghampirinya.
“Apa hal?” Soalnya malas.
“Uisyh… tak payah la garang
sangat. Kau ni yang laju semacam nak pergi mana?”
“Pergi je la mana-mana pun.
Tu je kau nak tanya?” Sikit punya kerek nadanya.
“Kau ni kan, cakap
elok-elok tak boleh ke? Patut la takde yang nak. Dah la garang, kerek pulak tu.
Tak faham aku.” Ujar Alif, tak puas hati.
“Apa masalah kau? Suka hati
akulah nak kerek ke, nak sombong ke? Janji aku tak kacau hidup kau, kan?
Sekarang ni, siapa yang cari siapa? Aku ke… kau? Tak payah nak kutuk orang
lebih-lebih la. Kau tu… ramai sangat ke peminatnya?” Balasnya, sinis. Inilah
antara sebab utama dia kurang berminat dengan lelaki. Kalau sekali kata-kata
sinis keluar, pedih siot! Mulut macam longkang!
“Eh, Iman…” Dia mahu
membalas tapi segera dipintas gadis itu.
“Kalau kau rasa tak puas
hati dengan aku, baik kau simpan je perasaan tu. Sebab aku tak rasa teringin
pun nak berunding dengan kau. Okey?” Terus dia berlalu meninggalkan lelaki itu
termangu sendiri.
Alif melepas keluhan
panjang. Niat untuk mintak tolong terbantut dek sikap dingin gadis itu. Entah
kenapa, dia tidak tahu. Hormon tak stabil kot.
Rafeeq yang kebetulan lalu
disitu hanya memandang. Dalam hatinya turut tertanya-tanya, apa yang tak kena
dengan Imanina?
“LAMBAT balik. Pergi mana? Bukan kelas kau sampai pukul 3 je ke?”
Tegur Rafeeq. Ikmal yang baru tiba terus merebahkan diri diatas katil. Nafas
berat dilepas.
“Aku pergi jumpa Batrisya.”
Jawabnya ringkas.
Terangkat kening Rafeeq.
“Hai, dalam tak suka pun jumpa jugak.” Senyuman penuh makna terukir dibibir.
“Kau tak payah nak fikir
bukan-bukan la. Ni semua mama aku yang suruh. Aku dah malas nak membangkang.
Bukan dia peduli pun.”
Rafeeq menghampiri Ikmal
dan duduk disisi sahabatnya itu. “Kau masih tak dapat terima dia? Seminggu je
lagi, Mal… dia akan jadi tanggungjawab kau. Takkan kau nak biar dia buat hal
dia dan kau buat hal kau je nanti? Sudahlah tu, Mal. Lupakan Alya. Dia bukan
jodoh kau.” Bahu lelaki itu ditepuk perlahan. Simpatinya menggunung terhadap
sahabatnya itu. Entah apa nasibnya, ditinggalkan kekasih dan sekarang dipaksa
kahwin dengan gadis yang tak dicintainya.
“Kenapa dia buat aku macam
ni, Feeq? Apa dosa aku? Apa salah aku? Aku tak cukup baik ke untuk dia?” Nada
itu sudah kedengaran sebak.
“Tak, Mal. Bukan kau yang
tak cukup baik untuk dia tapi dia yang tak cukup baik untuk kau. Percaya cakap
aku, Mal. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Walaupun kau tak suka
Batrisya, tapi aku yakin, dia tu jauh lebih baik dari Alya. Bukan dari segi
rupa, tapi akhlak. Akhlak tu yang lebih penting, Mal. Percayalah… mama kau
takkan salah buat pilihan untuk anak dia ni.”
“Tapi… aku takut, Feeq. Aku
takut kalau aku tak mampu membahagiakan dia. Aku takut kalau aku tak mampu
mencintai dia. Aku tak nak siksa batin dia, Feeq.”
“Sekarang memang kau akan
cakap macam tu. Tapi nanti, insya-Allah, kalau kau berusaha untuk buka pintu
hati kau untuk dia, kau akan rasa jauh lebih bahagia berbanding masa kau
bersama Alya.”
“Kalau aku tak boleh?”
Duganya.
“Jangan cakap kalau selagi
kau belum mencuba. Kalau tak, kau bukan kawan aku.”
Deringan telefon milik
Ikmal mematikan perbualan dua sahabat itu.
“Ya, ma?”
“Dah jumpa bakal menantu
mama?”
“Dah.”
Rafeeq berlalu ke katilnya,
membiarkan dua beranak itu berbual. Aku doakan kau bahagia, Ikmal. Kau bertuah
sebenarnya dapat memiliki gadis macam Batrisya.
BERJALAN sendirian di shopping complex sudah menjadi kebiasaan
Imanina. Dia lebih selesa begitu daripada berjalan beramai-ramai. Kalau tidak
pun, dia cuma akan mengajak Sofea atau mereka keluar beramai-ramai tapi akan
berpecah.
Novel yang tersusun kemas
dirak menarik perhatiannya. Sudah agak lama dia tak menelaah novel sejak busy
dengan bermacam assignment. Satu demi satu dibelek. Dan cuma satu novel yang
benar-benar menarik perhatiannya. Novel yang sudah lama ingin dimilikinya.
Bukan Kerana Aku Tak Cinta. Terus dimasukkan ke dalam bakul.
“Layan jugak novel cinta,
ya?” Teguran itu buat dia berpaling. Lelaki itu sedang tersenyum manis. Dia
terpaku seketika. Rafeeq!
“Bukan layan jugak, tapi
memang layan pun.” Balasnya bersahaja.
“Oh, ye ke. Tak sangka.”
“Kenapa? Tak boleh ke?”
Duganya.
“Eh, apa pulak tak
bolehnya. Mesti la boleh.”
Suasana sepi seketika.
Masing-masing tak tau nak cakap apa. Imanina masih tak percaya seniornya itu
akan menegurnya. Seolah-olah mereka memang dah lama kenal. Mimpi apa agaknya
mamat ni malam tadi?
“Sorang je ke?” Rafeeq
bersuara memecah kesunyian.
“Yup.” Hanya itu yang mampu
keluar dari mulutnya. Dia tak senang duduk sebenarnya. Tak siapa tahu, dalam
diam dia sebenarnya ada menyimpan perasaan pada lelaki kacak itu. Tapi, dia
sedar, dia tidak layak untuk lelaki sehebat tu. Namun, dibiarkan sahaja
perasaan itu didalam hati. Tidak mahu melayan dan tidak pula dia cuba buang.
“Emm, Iman… kalau saya
cakap sesuatu, awak jangan terkejut, ya? Dan jangan pulak awak marah.” Ujar
Rafeeq teragak-agak. Sejak malam tadi dia sudah berfikir sedalam-dalamnya
tentang perkara itu. Hatinya juga sudah nekad untuk menyatakan perkara itu.
“Apa dia?” Bunyi macam
serius je. Takut pulak aku.
“Awak nak tak jadi kekasih
saya?” Laju kata-kata itu keluar dari mulut Rafeeq buat Imanina tercengang.
Jantungnya seolah berhenti berdegup.
“Iman?” Tangannya
dilambai-lambai dihadapan gadis itu. Imanina tersentak.
“Err… sunbae jangan la buat
lawak kat tengah-tengah alam ni. Saya…”
“Saya tak buat lawak. Saya
serius nak awak jadi kekasih saya. Saya tak peduli kalau awak tak cintakan saya
pun. Dan saya pun tak paksa awak suruh kahwin dengan saya. Cuma jadi kekasih
saya je. Jangan risau, awak boleh buat apa je yang awak nak. Saya takkan halang
apalagi nak kongkong awak. Boleh, kan?” Pintanya penuh harap.
“Err… sunbae, sunbae ada bertaruh dengan
sesiapa ke untuk couple dengan saya?” Dia benar-benar cuak. Aku tengah mimpi ke
ni?
“Bertaruh apa pulak?
Kenapa? Awak ingat saya nak mainkan awak? Okey, saya berterus-terang je la
dengan awak. Sebenarnya, saya ada minat seorang perempuan ni. Tapi, dia bakal
jadi isteri orang tak lama lagi. Jadi, untuk hilangkan rasa kecewa tu, saya nak
cuba bercinta dengan orang lain. Dan saya rasa awak je yang boleh tolong saya.
Boleh, kan?”
Berkerut kening Imanina
dibuatnya. “Kenapa saya? Kita bukannya kenal sangat, kan? Ramai lagi orang
lain…”
“Tapi saya nak awak. Saya
harap sangat awak boleh tolong saya. Please!” Rayuan Rafeeq buat Imanina
kematian kata-kata. Walaupun dihatinya timbul rasa kecewa kerana hati lelaki
itu ternyata sudah dimiliki, namun tak sanggup pulak nak menolak. Tapi, boleh
ke aku pura-pura? Macam mana kalau perasaan ni membiak? Habis la aku!
“Iman…” Panggilan lembut
itu buat jantungnya berdegup kencang. Ah! Boleh gila aku macam ni.
“Yelah! Yelah!” Tak
pasal-pasal dia bersetuju.
Rafeeq tersenyum senang.
Maafkan saya, Iman. Saya terpaksa bohong. Kalau tak, awak takkan pernah terima
saya, kan.
“Oh ya, satu je saya mintak
kat awak.”
“Apa dia?” Macam-macam hal
la mamat ni.
“Panggil saya abang. Beza
umur kita dua tahun kan? Boleh?”
Imanina sudah ternganga.
Mengada-ngada la mamat sekor ni. “Perlu ke?”
“Perlu la. Mungkin dengan cara
tu boleh buat saya lupakan ‘dia’ terus.” Rafeeq menyembunyikan senyum bila
dilihat kening gadis itu sudah berkerut-kerut.
“Apa-apa je lah.” Imanina
menjawab malas.
“So, kita couple kan
sekarang?” Sengaja dia menyoal gadis itu untuk kepastian. “Tapi, jangan bagitau
siapa-siapa, ya?” Sambungnya.
“Mana-mana je lah.”
Jawabnya acuh tak acuh.
BATRISYA melepas nafas perlahan. Terasa cepat sungguh masa berlalu.
Macam tak percaya dia sudah bergelar isteri orang. Sepatutnya, dia gembira.
Namun, perempuan mana yang akan merasa bahagia andai lelaki yang melafazkan
akad itu tidak mencintainya? Ya Allah, bagaimana aku nak menjalani kehidupan
begini? Mudah-mudahan, ia tak menjejaskan pelajaran aku, ya Allah.
Dia benra-benar tak
mengerti mengapa orang tuanya mahu dia segera dinikahkan walhal dia masih
menuntut. Semuanya bikin kepalanya serabut.
Pintu yang dibuka dari luar
buat Batrisya menunduk. Tak sanggup untuk memandang wajah lelaki yang pernah
menjadi kekasih sepupunya sendiri. Ya Allah, dugaan bagaimana ni?
Ikmal menghampiri Batrisya
lantas duduk disisi gadis yang sudah sah menjadi isterinya itu. Nafas dalam
ditarik sebelum bersuara.
“Aku harap kau tak kisah
kalau kehidupan kita tak macam suami isteri yang lain.” Kata-kata itu bagai
belati tajam yang mencucuk hatinya. Namun, dia tetap tersenyum. Wajah tanpa
riak itu dipandang.
“Saya tak kisah. Tapi,
boleh kan kalau saya nak panggil awak abang?” Soalnya teragak-agak.
“Suka hati kaulah. Tapi,
bukan di kolej.” Usai bicara, Ikmal berlalu ke bilik air. Dan tanpa dapat
ditahan lagi, tubir mata Batrisya pecah jua.
HOT CHOCOLATE yang masih panas dihirup penuh nikmat. Bersama sebungkus
roti, dia berlalu ke biliknya. Namun, langkahnya mati bila terdengar bunyi
tangisan di bilik Sofea. Perlahan, tombol dipulas dan terus dihampiri Sofea
dikatil yang sudah menyembam muka ke bantal. Mug dan roti diletak diatas meja.
“Fea, kenapa ni? Apa yang
tak kena?” Nadanya jelas kerisauan. Tubuh gadis itu ditarik supaya bangun.
Sofea yang teresak-esak hanya menurut.
“Wei, cuba cerita kat aku.
Ni mesti sebab Harith, kan? Apa yang dia buat kat kau?” Soalnya, menahan
geram.Ini yang dia benci ni. Kenapa perempuan mudah sangat menangis sebab
lelaki? Ah! Dia pula yang tension.
“Sofea… jangan diam je
boleh tak? Tak puas lagi ke menangisnya? Dah bengkak dah mata tu. Nak tunggu
sampai buta baru kau nak berhenti? Cerita kat aku sekarang, apa yang dia dah
buat?”
“Iman, Harith… Harith
mintak putus.” Ujarnya dalam esakan. Tubuh sahabatnya dipeluk erat.
Nafas berat dilepas. “Aku
dah agak dah. Lelaki ni memang tak boleh percaya langsung. Dah lah, tak payah
la kau nak menangis sebab jantan tu. Tak guna, tau tak? Buat membazir air mata
je. Dah, dah! Ramai lagi lelaki yang jauh lebih baik dari mamat tu.” Pipi
sahabatnya dikesat. Yang ni paling dia takut. Menangis kerana lelaki. Bukan
mudah nak merawat hati yang dah terluka. Dugaan… dugaan.
Hot chocolatenya dicapai.
“Nah, minum air ni, comfirm hati kau akan lega.” Ada nada gurauan pada
kata-katanya.
Sofea tergelak kecil. “Kau
minum la sorang-sorang.” Air matanya dikesat lagi.
Imanina tersengeh. Bukan
dia tidak tahu gadis itu tidak suka minuman coklat kegemarannya itu. Dia lega
bila Sofea sudah mula tersenyum walaupun dalam tangisan.
RAFEEQ mundar-mandir didalam bilik. Hatinya tak tenang selagi Imanina
tak menjawab panggilannya. Dia marahkan aku ke? Tapi, aku buat salah apa? Pagi
tadi okey je. Ah! Iman… tolonglah jangan buat aku macam ni. Jawablah sayang oi!
Sudah masuk kali ke 15 dia menelefon tapi masih tak berjawab. Apa yang tak kena
sebenarnya?
“Nak apa malam-malam ni?”
Terkejut Rafeeq bila tiba-tiba panggilannya dijawab. Kurang asam punya awek.
Tanya macam orang takde perasaan. Tak tau ke aku tengah risau gila dah ni?
“Kenapa lambat jawab?”
“Tak perasan. Silent.”
Bersahaja jawapan itu buat Rafeeq menahan geram.
“Boleh tak kalau lain kali
jangan buat macam ni lagi?” Nadanya cuba dikawal. Perasaan yang semakin
mendalam buat gadis itu membuatkan dia sering terasa dengan sikap acuh tak acuh
Imanina. Namun, dia terpaksa menelannya kerana tak mungkin dia memaksa gadis
itu untuk mencintainya.
“Buat macam ni macam mana?”
Imanina tak faham.
“Buat abang risau.”
“Kenapa pulak abang nak
risau?” Imanina semakin tak mengerti. Lelaki itu seolah-olah benar-benar
mencintainya. Ah, hati! Kenapa kau suka sangat perasan?
“Okey, macam ni lah. Boleh
tak kalau abang nak mintak sesuatu?”
“Mintak apa?”
“Tolong… jangan layan abang
acuh tak acuh macam abang ni takde perasaan.”
Imanina terdiam seketika.
“Abang nak Iman layan abang macam mana
lagi?”
“Macam kekasih Iman.”
“Oh! Sorry, ya. Iman cuma
akan layan seorang lelaki macam kekasih kalau lelaki tu dah jadi suami Iman.
Okey?” Tegas jawapannya. Rafeeq pula terdiam.
“Kalau macam tu, abang kena
masuk meminang Iman? Then kita kahwin, baru Iman layan abang macam seorang
kekasih?”
“Yup! Tapi abang cakap
hubungan kita takkan sampai kepada perkahwinan, kan?”
“Kalau abang nak tarik
balik kata-kata tu?”
“Maksud abang?” Imanina
buat-buat tak faham. Aduh! Dia ni nak bagi aku harapan ke? Jangan la. Aku belum
bersedia untuk dikecewakan ni.
“Kalau abang masuk meminang
Iman… Iman terima tak?”
“Err… terpulang pada mak
ayah Iman la.” Jawabnya teragak-agak.
“Kalau macam tu, esok jugak
abang suruh mak ayah abang pergi meminang Iman. Janji dengan abang, jangan
tolak, ya?”
“What??!” Imanina sudah
tercengang. “Tapi kita masih belajar, kan?”
“Abang dah tahun akhir.
Takpe, abang izinkan Iman terus belajar. Dan abang akan pastikan yang abang
takkan abaikan tanggungjawab abang pada Iman.”
Imanina sudah tak terkata.
Aku… aku tengah mimpi kan? Aku tengah mimpi kan? Arghh!! Gila! Aku tak bersedia
lagi la! Tapi kenapa lidah aku ni kelu untuk menolak??!
“KAU serius ke ni, Feeq? Kau dah fikir masak-masak ke?” Ikmal bagai
tak percaya dengan apa yang didengar. Biar betul kawan aku ni?
“Sebab aku dah fikir
masak-masak la aku buat keputusan ni. Aku sebenarnya memang kan… dah lama
sukakan dia. Sejak dia mula-mula masuk kolej ni lagi. Aku sendiri tak pasti
kenapa, tapi pada aku, dia tu lain dari yang lain. Aku rasa aku tak boleh
tunggu lagi. Aku pun dah buat solat istikharah. Alhamdulillah, wajah dia yang
aku nampak. Benda baik kan elok dipercepatkan.Mak ayah aku pun tak kisah.
Kau tau, Mal… cinta ni
pelik sebenarnya. Dulu, gadis idaman aku tu mesti cantik, lemah-lembut, pandai
ambil hati, pandai masak dan paling penting pandai melayan aku. Tapi sekarang,
aku tak sangka yang aku akan jatuh cinta dengan perempuan yang selamba, muka
takde perasaan dan selalu buat perangai acuh tak acuh dengan aku. Tapi, aku
selesa dengan dia. Cukup selesa. Walaupun kadang-kadang dia suka buat aku geram,
tapi sebenarnya aku rindu bila tak jumpa dia. Aku rindu kalau sehari dia tak
buat aku geram. Pelik, kan? Tapi, itu la hakikatnya. Sampai sekarang aku tak
faham sepenuhnya.
Dan kau nak tau kenapa aku
boleh selesa dengan dia? Sebab aku tak perlu jadi orang lain untuk dia.
Selalunya kita mesti nak cover perangai kita depan orang yang kita sayang, kan?
Tapi, dia pernah cakap… buat apa nak jadi orang lain semata-mata nak tarik
perhatian pasangan? Kahwin nanti, kalau dah tinggal serumah, memang takkan
boleh nak cover atau sembunyikan perangai sebenar sebab setiap hari, setiap
masa akan jumpa. Kita tak perlu jadi orang lain. Tapi, kita perlu berusaha
untuk jadi lebih baik macam orang lain.
Bila aku fikir balik, betul
jugak cakap dia. Memang bahagia rasa bila dia terima segala kekurangan kita
dengan hati terbuka. Dan aku tak pernah duga, dia sebenarnya pandai masak, pandai
menjahit, malah pandai dalam seni lukis. Itulah kata orang, jangan menilai
seseorang dari rupa luaran. Tapi kenali dia dari dalam.” Panjang lebar Rafeeq
bercerita. Ikmal turut tersenyum melihat sahabatnya bahagia.
“Mal, walaupun aku tak tau
apa yang berlaku dalam rumah tangga kau, tapi aku dapat rasakan yang kau masih
tak dapat terima Batrisya, kan? Kadang-kadang, Mal… cinta ni perlu dipupuk.
Bukan tunggu dia datang sendiri. Hargai selagi dia ada, Mal. Jangan bila dia
dah pergi dari hidup kau, baru nak menyesal. Masa tu dah tak guna. Aku harap
kau faham.
Dan kalau kau nak tau, Iman
pernah cakap kat aku yang salah satu sebab dia tak nak couple, sebab ni la.
Payah sungguh nak cari lelaki yang tau menghargai kasih sayang seorang
perempuan. Yang dia tau, dia nak jugak miliki perempuan yang dia cinta, bukan
terima perempuan yang mencintainya.”
Ikmal sentap mendengar
kata-kata itu. Tepat mengena batang hidungnya. Ya Allah, teruk sangat ke aku
ni?
“Takpe lah, Mal. Aku pergi
dulu. Doakan mak ayah dia tak tolak pinangan aku.” Bahu sahabatnya ditepuk
perlahan lantas berlalu meninggalkan Ikmal termangu sendiri.
USAI mengemas rumah, Batrisya berlalu ke bilik studynya. Laptop dibuka
lantas segera disiapkan assignment yang masih bertimbun. Sesekali, gerakan
ringan dilakukan untuk menghilangkan rasa lenguh.
Dia mendongak bila ada
tangan yang meletak secawan kopi diatas meja. Wajah tak beriak Ikmal dipandang
bagai tak percaya.
“Minumlah dulu.” Dicapai
kerusi dan diletak disebelah kerusi isterinya lantas dilabuhkan punggung disisi
Batrisya. “Banyak lagi ke?” Soalnya prihatin.
Batrisya hanya mengangguk.
Lidahnya kelu untuk bersuara. Rasa lain macam pulak dengan kelakuan aneh lelaki
itu. Tak sihat ke?
Ikmal mencapai mug lantas
dihulur kepada isterinya bila langsung tiada tanda-tanda Batrisya mahu
mengambilnya sendiri. Teragak-agak Batrisya mencapainya. Dia hanya memandang
bila dengan selamba Ikmal membelek laptopnya dan ditaip sesuatu diatasnya.
“Err, abang buat apa tu?”
Risau juga dia kalau assignmentnya hilang nanti.
“Assignment Sya la. Sya
rehat la dulu, biar abang tolong siapkan.” Jelas wajah Batrisya tergamam dengan
kata-kata lelaki yang baru sebulan menjadi suaminya itu. Takkan secepat itu dia
berubah? Hatinya agak curiga. Dia masih tak berganjak ke mana-mana.
Ikmal perasan riak Batrisya
yang pastinya terkejut dengan perubahan mendadaknya. Nafas dalam ditarik
perlahan.
“Sya, abang nak mintak maaf
sebab selama ni abang abaikan tanggungjawab abang. Abang tak jadi suami yang
baik. Walaupun abang tak marah-marah, tapi abang tau Sya kecewa dan makan hati
dengan abang, kan? Abang mintak maaf sangat-sangat. Abang sedar, kalau abang
terus-terusan buat perangai macam ni, takkan ke mana.
Dalam masa sebulan ni,
abang banyak berfikir. Dan abang rasa, abang dah buang banyak masa abang
semata-mata untuk lupakan Alya. Tanpa abang sedar, abang sebenarnya boleh buat
perkara tu dengan belajar mencintai Sya.
Disebabkan perkara tu
jugak, abang tak sedar pun yang abang sebenarnya sedang mengganggu pelajaran
Sya. Abang… abang betul-betul mintak maaf. Abang harap abang ada peluang untuk
jadi suami yang baik untuk Sya.” Mata Ikmal sudah berkaca manakala pipi
Batrisya sudah lencun dengan air mata kesyukuran.
“Sya… maafkan abang?”
Soalnya penuh harap.
Batrisya hanya mampu
mengangguk. Lidahnya kelu untuk bersuara. Betul ke apa yang aku dengar ni?
Mudah-mudahan ianya bukan mimpi.
Ikmal lantas menarik tubuh
itu ke dalam pelukan. Ya Allah, apa yang aku dah buat selama ni? Apakah aku
layak untuk perempuan sebaik Batrisya? Tak pernah merungut dan cukup mudah
memaafkan kesalahan aku. Ya Allah, berdosanya aku pada isteriku sendiri.
Ampunkan aku, ya Allah.Maafkan abang, sayang. Maafkan abang.
Pelukan itu dibalas kasih.
Ya Allah, kalau inilah hadiah untuk kesabaran aku selama ini, aku akan terus
bersabar untuk setiap ujian dariMu, ya Allah. Hatinya tak henti-henti mengucap
syukur.
MATANYA tak berkelip memandang pasangan itu. Kenapa la dia mesti
bertemu dengan mereka. Meluat rasanya melihat senyuman bahagia yang menghiasi
bibir keduanya. Arghh! Tension pulak dia.
“Kenapa pandang diaorang
macam tu? Tak suka?” Rafeeq perasan riak tak senang diwajah gadis itu. Namun,
Imanina buat tak peduli dengan persoalan tak penting itu.
“Sayang… kenapa ni?”
Pinggang itu dirangkul kemas.
Keluhan dilepas perlahan.
“Takde apalah.”
“Kenapa sayang tak boleh
terima Lisa dengan abang Hariz?” Persoalan itu buat dahinya berkerut.
“Siapa cakap?”
“Sayang… kalau sayang tak
cakap pun abang tau la. Abang boleh baca hati sayang, tau.” Hidung isterinya
dicuit.
“Ek? Sejak bilanya abang
pandai baca hati orang ni? Pakai ilmu apa?” Nadanya jelas menyindir.
“Ilmu cinta la. Tapi, abang
cuma boleh baca hati sayang je la. Hati orang lain tak boleh.”
“Tak syoknya. Nak lari
jauh-jauh la dari abang. Nanti abang baca hati Iman.” Baru dia nak berlalu
pergi, lelaki itu sudah memeluknya dari belakang buat dia berjerit.
“Abang! Orang tengok la.”
Rafeeq tersengeh cuma. Tidak dipeduli dengan pandangan orang lain.
“Biar la diaorang nak
tengok pun. Bukan kita kacau hidup diaorang, kan?”
“Tak kacau abang cakap?
Kelakuan abang tu mengganggu pandangan mata diaorang tau tak?” Matanya sengaja
dijegilkan. Nak cover malu sebenarnya.
“Alaa, maknanya tak boleh
nak peluk la ni?” Pelukan dilepaskan perlahan. Sengaja dibuat ayat pasrah.
Imanina tersenyum. Mengada!
Nak merajuk konon. “Siapa cakap tak boleh? Tapi, takkan nak tunjuk kat semua
orang? Nanti habis la Iman kalau perempuan lain terpikat dengan keromantikan
abang tu!” Usiknya galak.
Rafeeq ketawa lepas.
“Maknanya, boleh kat rumah je la ni? Kalau kat rumah boleh buat apa-apa je,
kan?” Nakal sahaja bunyi ayat lelaki itu. Imanina menahan debaran. Ah! Lelaki
ni… sengaja menguji tahap keimanan aku betul.
“Abang, jom pergi sana
kejap.” Terus dia berlalu meninggalkan Rafeeq yang masih dengan tawanya. Malas
nak layan.
Rafeeq tersenyum bahagia.
Imanina, dulu aku ingat mencintai kau merupakan sesuatu yang gila sebab kau
langsung tak ada ciri-ciri gadis idaman aku. Tapi, aku tak sangka hanya kau
yang mampu memberi aku rasa bahagia ini. Terima kasih, ya Allah kerana
menjodohkan aku dengan gadis sehebat Imanina. Kekurangannya akan menjadi
kelebihan buat aku.
Dia berlari anak
menghampiri isterinya lantas pinggang itu dirangkul kemas. Sayang isteri abang!
22
Disember 2013
9.28
pm - Ahad