Terpanah aku pada sentuhan keramatmu
Mengheret aku mentafsir memori silammu
Duluku ragu apa terbungkam dibenakmu
Kiniku tahu apa yang terbuku dihatimu
Surut dedarku pada usapan menteramu
Tunduk ungkalku pada ketegasan dirimu
Terpasak semangat pada keyakinan tekadmu
Keakuranku pada tunjuk dan titah arahanmu
Oh ayah… tak pernah ku tanya
Kemana tumpahnya keringatmu
Oh ayah… tak pernahku hitung
Berapa banyak kerutan didahimu
Yang ku pinta hanyalah kemahuan hatiku
Yang sedaya ayah laksanakan
Kau pendorong bukanlah pendesak
Apalagi memaksa diriku
Aku terlorong bukan terdesak
Apalagi rasa terdera
Lestari kasihmu tanpa batasan
Sempadan waktu yang memisahkan
Abadi hingga ke hujung usia… akhiran masa
Sentuhanmu amat bermakna
Tak terkuis dugaan menduga
Apalagi takdir yang menerpa
Aku mengharap bukan menolak
Apalagi cuba melupa
INTERPRETASI LAGU... (sekadar suka2. entah betul entah tak) ^^
Sentuhan lembut yang tak pernah diduga itu membuat aku terdiam. Sekaligus membuat aku teringat pada kenangan lama ketika aku masih kecil. Waktu itu, aku tak pernah tahu apalagi faham apa yang ada dalam fikiran ayah. Tapi sekarang, aku mula mengerti apa yang selama ini ayah pendam dalam hati kecilnya.
Usapan lembut dari tangan kasar ayah (tanda restu seorang ayah) membuat perasaan sakit hati dan dendam aku mulai reda. Tak mampu untuk aku terus bersikap degil bila ayah mula mengeluarkan sikap tegasnya. Keyakinan ayah pada aku membuat aku mulai bersemangat dan turut yakin pada diri. Apa sahaja suruhan ayah aku turutkan tanpa bantahan.
Aku tak pernah sekalipun mengambil tahu berapa kuat ayah bekerja semata-mata untuk mencari wang buat belanja dan juga buat pembelajaranku. Dan aku tak pernah mengambil tahu tentang kepenatan yang ayah rasakan kerana bekerja siang malam.Yang aku tahu hanya meminta apa yang aku inginkan dan perlukan. Dan ayah tanpa rungutan memberi setiap permintaanku.
Ayah bukanlah mendesak ataupun memaksa untuk aku penuhi setiap permintaan dan arahannya, tetapi apa yang ayah lakukan hanyalah untuk mendorong aku. Dan aku tak rasa didesak mahupun didera untuk memenuhi setiap arahan dan permintaan ayah. Kerana aku sedar, apa yang ayah minta aku lakukan semuanya untuk kebaikan aku sendiri.
Kasih seorang ayah tetap dan tak pernah ada batasan mahupun berkurang untuk anaknya. Walaupun terkadang jarak memisahkan, lebih-lebih lagi apabila anak-anak sudah mulai dewasa, tetapi kasih sayang seorang ayah akan kekal sampai syurga. Sentuhan lembut dari seorang ayah adalah sesuatu yang sangat bermakna.
Terkadang, dugaan menimpa dan menguji hati tapi tak mampu untuk ditepis mahupun dielak. Dalam situasi itu, aku bukan ingin mempertikaikan mahupun melawan tapi hanya mengharap sebuah pengertian dari seorang ayah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan